SETIAP negara patut mematuhi penetapan yang ditentukan zon masing-masing, dan bukan terikat dengan penetapan yang ditentukan kerajaan Arab Saudi atau dengan penetapan anak bulan di Makkah.

Demikian diingatkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam irsyad atau panduan yang dikeluarkan Pejabat Mufti semalam berkaitan penetapan Hari Raya Aidiladha dan Hari Arafah.