Topik diikuti
Pergi ke BHkuNahas semasa latihan kerahan di NZ: Pelakon Aloysius Pang masih kritikal
Perlu guna alat bantuan sokongan bagi ginjal, paru-paru dan jantung
Jan 24, 2019 | 5:30 AM
Nahas semasa latihan kerahan di NZ: Pelakon Aloysius Pang masih kritikal
KEADAAN pelakon Singapura, Aloysius Pang, yang cedera parah semasa menjalani latihan ketenteraan di New Zealand Sabtu lalu, amat serius dan memerlukan bantuan alat sokongan bagi paru-paru, buah pinggang dan jantungnya, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Menerusi laman Facebook beliau semalam, Dr Ng berkata pakar bedah dan kakitangan di Hospital Waikato di Hamilton, selatan Auckland - tempat Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang - dirawat sedang berusaha upaya untuk membantu beliau kembali pulih.