SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NCSS lancar panduan guna ungkapan libat isu mental

NCSS lancar panduan guna ungkapan libat isu mental

Mar 17, 2021 | 5:30 AM

NCSS lancar panduan guna ungkapan libat isu mental

cfb8862f-af23-44d9-8708-547cc268b51c
-

MAJLIS Khidmat Sosial Kebangsaan (NCCS) telah melancarkan panduan kata-kata dan frasa yang harus dielakkan ketika melaporkan seseorang yang mengalami kesihatan mental.

Misalnya, elak menggunakan istilah seperti "sakit jiwa", "psiko", atau "gila."

Selain istilah berunsur stigma, panduan yang dinamakan 'Panduan Melebihi Label Media' mengandungi cadangan bagaimana mewawancara mereka yang mengalami isu kesihatan mental.

Ia termasuk cerita-cerita menarik yang menjadi tajuk utama dan laporan mengenai keganasan dan pembunuhan diri sendiri.

Panduan itu dicipta dengan kerjasama beberapa agensi perkhidmatan sosial, karyawan kesihatan mental, mereka yang mengalami kesihatan mental dan anggota media setempat.

Presiden NCSS Cik Anita Fam berkata: "Kami percaya bahawa media ialah wadah yang penting untuk mempengaruhi, mengubah sikap dan tingkah laku mendidik serta mendorong orang untuk berfikir dari perspektif yang berbeza mengenai kesihatan mental."

Panduan itu ialah perkembangan daripada panduan pertamanya pada 2018.

Ia khusus untuk memperbetul salah tanggapan, meningkatkan kesedaran dan untuk tidak mengetepikan individu yang masih dalam pemulihan daripada kesihatan mental.

Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, menyatakan semasa perbahasan mengenai anggaran Kementerian Kesihatan minggu lalu bahawa pasukan petugas kesihatan mental Covid-19 akan diubah menjadi wadah untuk mengawasi usaha kesihatan mental dan kesejahteraan selepas wabak ini.

Panduan itu diperkenalkan setelah satu kajian oleh NCSS dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menunjukkan bahawa sekitar 40 peratus artikel mengenai kesihatan mental berkaitan dengan jenayah.

NCSS mengatakan ini boleh memberi alasan kepada orang ramai untuk mengaitkan penyakit mental dengan jenayah.

Sebaliknya, kajian itu mendapati bahawa hanya sekitar 15 peratus artikel yang menekankan perawatan, pencegahan dan pemulihan.

Di samping itu, kajian mendapati bahawa frasa stigma seperti "sakit mental" digunakan, terutama dalam tajuk utama kebanyakan artikel.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg