Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP2020 berskala kecil libatkan 150 penonton, 300 peserta: Eng Hen

Jul 26, 2020 | 3:05 PM
Kontinjen perbarisan dari Angkatan Laut Repbulik Singapura semasa latihan perbarisan NDP di Padang pada 26 Julai.
Kontinjen perbarisan dari Angkatan Laut Repbulik Singapura semasa latihan perbarisan NDP di Padang pada 26 Julai. - MARK CHEONG

Tidak seperti tahun-tahun sudah dengan disertai oleh puluhan ribu penonton, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan hanya mempunyai sekitar 150 penonton, yang merupakan "wakil masyarakat", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Heng hari ini (26 Julai).

NDP2020 akan dibahagikan kepada dua segmen - perbarisan pagi dan majlis di Padang, iaitu tapak NDP pertama Singapura pada 1966 serta persembahan pada malam di Star Performing Arts Centre.

Sekitar 50 wakil pemerintah termasuk menteri yang akan menyaksikan perbarisan pagi dan sekitar 100 anggota awam sebagai penonton.

Jumlah peserta juga dikurangkan kepada 200 hingga 300 orang bagi kededua acara digabungkan. Ini berbanding lazimnya yang melibatkan 5,000 hingga 6,000 orang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg