AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) meminta tindakan segera masyarakat untuk melawan denggi sedang jumlah kes denggi tempatan hingga pertengahan April tahun ini lebih dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dalam satu kenyataan pada Isnin (20 April), NEA berkata ini dapat dilakukan dengan menghalang pembiakan nyamuk Aedes, sedang negara ini menangani wabak Covid-19. Jumlah kes denggi tahun ini pada pertengahan April hampir 5,800, dan dengan tempoh kemuncak jangkitan biasa dari Mei hingga September, bilangan kes denggi bagi 2020 dijangka melebihi 16,000 kes pada 2019. Agensi itu berkata denggi terus menjadi keprihatinan kesihatan awam, dengan kes denggi mingguan tinggi sekitar 300 hingga 400 kes. Lima orang, berusia antara 60 dengan 80 tahun, telah meninggal dunia akibat denggi sejauh ini tahun ini, manakala 21 kematian dilaporkan pada 2019.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg