AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah memperuntuk sebanyak $1.76 juta bagi satu dana untuk meringankan masalah pembaziran makanan di sini.
Agensi itu berkata pada Khamis (7 Mei) bahawa firma, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, badan dan perusahaan pengurusan pembangunan strata boleh memohon untuk Dana Sisa Makanan itu dari 18 Mei hingga 28 Februari tahun depan.
NEA berkata, dana itu sejajar usaha untuk menjamin masa depan Singapura yang daya bertahan perubahan iklim dan untuk membantu firma-firma beralih kepada ekonomi "sisa sifar" sedang Singapura menyaksikan keadaan ekonomi yang mencabar.
Had jumlah bantuan adalah sebanyak $100,000 bagi setiap pendaftar dan ia merangkumi kos modal bagi sistem menangani sisa makanan, peralatan yang diperlukan seperti pengangkut tong sampah dan penambahbaikkan prasarana.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg