SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NEA: Sewa gerai penjaja kompetitif, lebih rendah daripada di kedai kopi dan tempat makan komersial

NEA: Sewa gerai penjaja kompetitif, lebih rendah daripada di kedai kopi dan tempat makan komersial

Jun 26, 2021 | 10:15 PM

NEA: Sewa gerai penjaja kompetitif, lebih rendah daripada di kedai kopi dan tempat makan komersial

Gerai di pusat penjaja selalunya mempunyai tempoh penyewaan selama tiga tahun, dengan kadar sewa tidak berubah. - Foto ARIFFIN JAMAR
Gerai di pusat penjaja selalunya mempunyai tempoh penyewaan selama tiga tahun, dengan kadar sewa tidak berubah. - Foto ARIFFIN JAMAR -

KADAR sewa di pusat penjaja adalah kompetitif dan jauh lebih rendah daripada sewa gerai di kedai kopi dan tempat makan yang dikendalikan secara komersial, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (26 Jun). Kenyataan itu menyusuli perbincangan dalam talian bahawa agensi itu telah menaikkan sewa satu gerai penjaja dengan peratusan yang besar. Sambil mengatakan ia mahu memberi penjelasan, NEA, yang mengelola 114 pusat penjaja, menyatakan gerai penjaja selalunya mempunyai tempoh penyewaan selama tiga tahun, dengan kadar sewa tidak berubah. Pembaharuan penyewaan tiga tahun kemudian akan didasarkan pada kadar pasaran semasa seperti yang dinilai oleh penilai profesional bebas, katanya. NEA berkata: "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakan kenaikan sewa berkaitan pembaharuan penyewaan di pusat penjaja kami tidak melebihi $300. "Sebaliknya, terdapat penurunan kadar sewa lebih $300 setelah pembaharuan sewa. Adalah mengelirukan untuk melihat pada kenaikan peratusan sahaja kerana kenaikan $300 daripada kadar sewa rendah akan dilihat sebagai kenaikan peratusan yang besar." NEA menarik perhatian sewa gerai bulanan boleh mencapai serendah beberapa ratus dolar, atau bahkan $1. Perunding makanan KF Seetoh mengatakan di Facebook pada Jumaat (25 Jun) bahawa sewa bagi satu gerai penjaja akan meningkat hampir 40 peratus. Beliau mempersoalkan kenaikan itu, dengan mengatakan penjaja masih menghadapi kesukaran mencari pendapatan walaupun Singapura menarik balik larangannya berkaitan makan di luar pada 21 Jun lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg