Topik diikuti
Pergi ke BHkuNikmati riuh perayaan, suara hati sempena SG50
Jun 16, 2015 | 5:30 AM
Nikmati riuh perayaan, suara hati sempena SG50
SEBANYAK 30 karya seni rakaman audio, termasuk bunyi persekitaran seperti semasa perayaan, dan interviu bersama penduduk Singapura mengenai pengalaman di sini akan ditampilkan di Singapore Discovery Centre (SDC) sebagai sebahagian projek Peta Hati SG sempena ulang tahun Singapura ke-50 (SG50).
Karya bertema 'Majlis Istimewa' itu dihasilkan seniman sepenuh masa Singapura, Encik Zulkifle Mahmod, yang lebih senang dipanggil Zul.