Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NLB ingatkan orang ramai waspada terhadap maklumat palsu

Jun 29, 2020 | 11:08 PM
NLB berpesan kepada orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa penipuan, maklumat salah, dan campur tangan dalam pilihan raya Singapura.
NLB berpesan kepada orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa penipuan, maklumat salah, dan campur tangan dalam pilihan raya Singapura. - NLB

DALAM tempoh pilihan raya ini, orang ramai mungkin melihat lebih banyak kandungan, seperti video dan gambar, yang dimanipulasi, memandangkan ia mudah dihasilkan dan disebarkan. Ini lebih-lebih lagi memandangkan pilihan raya kali ini akan menyaksikan jumlah besar penyertaan sivik dan kempen dalam talian. Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di laman webnya berpesan kepada orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa penipuan, maklumat salah, dan campur tangan dalam pilihan raya Singapura. "Apabila sukar mengenal pasti yang benar, kita sukar membuat keputusan bijak dalam banyak situasi," katanya. Ia mengongsi panduan SURE untuk membantu orang ramai menilai maklumat.

SURE bermakna - memeriksa sumber (source) maklumat sama ada ia sahih; memahami (understand) perbezaan antara maklumat fakta dengan pandangan; membuat kajian (research) terhadap sebarang berita mencurigakan yang diterima; dan membuat penilaian (evaluate) untuk dapatkan keseimbangan pandangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg