Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE semua kenderaan kecuali motosikal naik

Sep 10, 2020 | 5:30 AM
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL -

HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk semua kategori kenderaan kecuali motosikal ditutup lebih tinggi sedang kuota lebih kecil dan tempoh bidaan lebih lama menaikkan harga.

Harga COE untuk kereta sehingga 1,600cc dan kuasa 130 bhp ditutup pada $37,766, naik daripada $35,710 tiga minggu yang lalu.

Harga COE untuk kereta melebihi 1,600cc atau 130 bhp ditutup pada $41,510, meningkat daripada $38,802. Premium untuk COE terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta yang lebih besar, naik kepada $40,790 daripada $38,110.

Ini merupakan kenaikan ketiga berturut-turut dengan harga COE kereta mencecah $40,000 untuk kali pertama sejak November 2019. Harga COE kenderaan komersial pula naik kepada $26,644 daripada $25,006 tiga minggu yang lalu, dan merupakan yang tertinggi sejak Ogos 2019.

Premium motosikal pula merosot kepada $7,399 daripada $7,432. Terdapat jarak tempoh tiga minggu antara tender sebelumnya dan yang terbaru, berbanding dua minggu seperti biasa. Ini memberi lebih banyak masa kepada peniaga kenderaan untuk mengumpul lebih banyak pesanan.

Sementara itu, kuota COE untuk tempoh Ogos hingga Oktober adalah hampir 30 peratus lebih kecil daripada tempoh tiga bulan sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg