SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NParks siasat pembersihan tapak tanpa izin di taman Sembawang

NParks siasat pembersihan tapak tanpa izin di taman Sembawang

Mar 12, 2021 | 7:47 PM

NParks siasat pembersihan tapak tanpa izin di taman Sembawang

Garisan merah di tanah menandakan sempadan dan tanah di bahagian kanan dibersihkan tanpa izin.
Garisan merah di tanah menandakan sempadan dan tanah di bahagian kanan dibersihkan tanpa izin. - ONG WEE JIN

LEMBAGA Taman Negara (NParks) sedang menyiasat pembersihan tapak tanah kecil tanpa izin di sebuah taman di Sembawang. Kawasan itu bersebelahan tapak pembinaan bagi sebuah pembangunan kondominium baru. Pengarah kumpulan taman NParks, Encik Chuah Hock Seong, memberitahu The Straits Times bahawa tiga Cinnamomum iners (kayu manis liar), dan enam Caryota mitis (kelapa sawit ekor ikan) (fishtail palm) di Taman Jalan Kemuning ditebang oleh kontraktor semasa menjalankan kerja-kerja pembangunan di kawasan perumahan berdekatan. Pembersihan itu disedari setelah penduduk Estet Sembawang Springs mendapati pokok kayu manis dan pokok kelapa sawit ditebang di luar sempadan pembangunan yang dimaklumkan kepada mereka dalam risalah tahun lalu yang memberitahu mereka mengenai kerja yang akan datang itu. Tapak pembangunan seluas 27,566.1 meter persegi itu - dizonkan untuk kegunaan kediaman sejak Rancangan Induk 2003 - diketepikan untuk membangunkan sebuah kondominium dan bersempadan dengan Taman Jalan Kemuning. Encik Thangarajoo Ramesh, naib presiden Jaringan Penduduk Sembawang Central, melaporkan kerosakan tersebut kepada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 26 Februari lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg