SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NTUC buka klinik percuma bagi anggota dapat nasihat berhubung pembantu rumah

NTUC buka klinik percuma bagi anggota dapat nasihat berhubung pembantu rumah

Jan 28, 2021 | 5:30 AM

NTUC buka klinik percuma bagi anggota dapat nasihat berhubung pembantu rumah

ISU PEMBANTU RUMAH: Encik Shamsul Kamar (kiri) dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Cik Yeo Wan Ling (dua dari kiri) bertemu anggota NTUC yang ingin mendapatkan nasihat tentang isu pembantu rumah. - Foto NTUC
ISU PEMBANTU RUMAH: Encik Shamsul Kamar (kiri) dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Cik Yeo Wan Ling (dua dari kiri) bertemu anggota NTUC yang ingin mendapatkan nasihat tentang isu pembantu rumah. - Foto NTUC -

UNIT Wanita dan Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Pusat bagi Pekerja Pembantu Rumah (CDE) akan menganjurkan klinik percuma setiap bulan di mana anggota NTUC boleh mendapatkan nasihat mengenai isu berkaitan pembantu rumah asing (FDW).

Ini kerana hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja penting di mana FDW dapat bekerja dalam persekitaran yang baik sementara majikan boleh mendapatkan bantuan yang boleh dipercayai di rumah, menurut kenyataan yang dikeluarkan NTUC semalam.

Klinik itu akan menjadi wadah di mana anggota dapat memahami tanggungjawab mereka sebagai majikan dan cara menjalin hubungan yang baik dengan FDW mereka.

Sesi klinik pertama diadakan di Pusat NTUC semalam.

Anggota NTUC boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://bit.ly/WAFxCDEAdvisoryClinic

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg