Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej $2b cipta 100,000 peluang pekerjaan dan latihan bagi pekerja terjejas dek Covid-19

May 26, 2020 | 8:35 PM
Sektor awam akan mencipta 15,000 pekerjaan baru. - Foto ONG WEE JIN
Sektor awam akan mencipta 15,000 pekerjaan baru. - Foto ONG WEE JIN -

PAKEJ baru bagi pekerjaan dan latihan bernilai $2 bilion akan mencipta hampir 100,000 pekerjaan bagi pekerja yang oleh Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat pada petang Selasa (26 Mei).

Encik Heng, semasa membentangkan Belanjawan keempat negara tahun ini di Parlimen, berkata sokongan melalui Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited itu merangkumi 40,000 pekerjaan, 25,000 program dan 30,000 peluang latihan kemahiran.

Encik Heng berkata sektor awam akan mencipta 15,000 pekerjaan baru termasuk pekerjaan jangka panjang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan jagaan kesihatan, dan pekerjaan jangka pendek berkait Covid-19, seperti penguji swab.

Encik Heng menambah insentif akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja setempat yang telah layak menjalani skim program pelatih dan latihan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg