Topic followed successfully
Go to BHkuPakej sokongan penerbangan $870j untuk biayai hingga 50% gaji dari Apr-Sep: MOT
Pakej sokongan penerbangan $870j untuk biayai hingga 50% gaji dari Apr-Sep: MOT
Pakej sokongan penerbangan $870j untuk biayai hingga 50% gaji dari Apr-Sep: MOT
PAKEJ sokongan $870 juta untuk sektor penerbangan yang teruk terjejas akan menyediakan subsidi gaji hingga 50 peratus untuk pekerja tempatan selama enam bulan lagi, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu (17 Februari). Skim Bantuan Pekerjaan - yang akan dilanjutkan, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan pada Selasa - memberi firma dalam sektor itu sokongan gaji 30 peratus dari April hingga Jun, dan 10 peratus dari Julai hingga September. Geran Pengekalan Tenaga Kerja Penerbangan, yang akan menelan belanja $330 juta, akan meningkatkannya ke 50 peratus gaji yang dibayar kepada warga Singapura dan penduduk tetap dari April hingga September, kata MOT. Ini bermakna syarikat yang layak akan menerima tambahan 20 peratus gaji yang dibayar kepada setiap pekerja tempatan dari April hingga Jun, dan tambahan 40 peratus dari Julai hingga September. Subsidi gaji itu dihadkan kepada $4,600 gaji bulanan kasar. Baki $540 juta di bawah Pakej Sokongan OneAviation akan disalurkan ke arah bantuan kos, kata MOT. Ini termasuk melanjutkan rebat sedia ada pada yuran dan caj di lapangan terbang Changi dan Seletar untuk satu tahun lagi.

