Topik diikuti
Pergi ke BHkuPameran Pekerjaan buka peluang kepada masyarakat
Pameran Pekerjaan buka peluang kepada masyarakat
BERTEMPAT di Wisma Geylang Serai, Pameran Pekerjaan yang dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai dengan kerjasama SENSE dan Kurnia@WGS akan mempamer 10 syarikat yang menawarkan lebih 800 peluang pekerjaan daripada pelbagai industri.
Acara yang turut melibatkan kerjasama pelbagai badan seperti Workforce Singapore, NTUC LearningHub, Mages Institute dan FindJobs juga mengetengahkan peluang latihan dan skim kebangsaan bagi membolehkan anggota masyarakat mendapat maklumat khusus berkaitan pembangunan kerjaya mereka.
Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, MENDAKI SENSE, Cik Norazlinnah Zulkifli, acara yang akan berlangsung esok bertujuan mendedahkan dan menghubungkan masyarakat awam kepada pekerjaan dan peluang bagi meningkatkan kerjaya mereka.
"Pengunjung berpeluang menghadiri temu bual secara bersemuka atau melalui maya. Ini dapat melatih kemahiran di samping memberi pengalaman dan pendedahan kepada mereka.
"Penasihat Kerjaya SENSE juga akan berada di sana bagi memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mungkin memerlukan bantuan.
"Malah acara ini juga melibatkan program seperti SGUnited Traineeships Programme yang ditawarkan oleh Workforce Singapore.
"Kegiatan ini bakal dijalankan di kawasan lapang berhadapan Selera Serambi di tingkat satu. Pada masa yang sama, Penasihat SkillsFuture akan turut hadir di tingkat empat Wisma Geylang Serai bagi menawarkan maklumat mengenai skim yang disediakan oleh SkillsFuture.
"Penasihat ini juga akan berkongsi tentang kursus dan program latihan terkini seperti Gaming Programme dan Program Penjagaan Kesihatan. Program-program initurut mendapat kerjasama Institut Mages dan NTUC LearningHub.
"Tidak terlepas juga, pengunjung boleh menghadiri bengkel percuma mengenai perniagaan dari rumah dan ikut serta Webinar berjadual. Program-program ini khas diadakan bagi mereka yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran nilai tambah.
"Bagi mereka yang ingin menghadiri pameran ini, kami menggalakkan mereka membuat pra-pendaftaran. Memandangkan keadaan Covid-19 belum pulih sepenuhnya, kami juga akan menjalankan protokol yang ketat seperti mengimbas kod SafeEntry, pengambilan suhu dan langkah-langkah jarak sosial pada setiap masa."
Acara ini akan berlangsung esok dari 10 pagi hingga 5 petang.
Perincian lanjut boleh didapatkan di laman Facebook MENDAKI SENSE. Anda juga boleh mendaftar diri di pautan berikut: http://bit.ly/SENSECFPR.
"Pengunjung berpeluang menghadiri temu bual secara bersemuka atau melalui maya. Ini dapat melatih kemahiran di samping memberi pengalaman dan pendedahan kepada mereka. Penasihat Kerjaya SENSE juga akan berada di sana bagi memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mungkin memerlukan bantuan. Malah acara ini juga melibatkan program seperti SGUnited Traineeships Programme yang ditawarkan oleh Workforce Singapore." - Cik Norazlinnah Zulkifli, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, MENDAKI SENSE.