Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen: Kakitangan pusat jagaan harian warga tua akan diuji bagi Covd-19 pada Jun

Jun 5, 2020 | 5:21 PM
Kakitangan dalam khidmat jagaan warga tua akan diuji secara bertahap pada Jun ini. - Foto NATIONAL UNIVERSITY HEALTH SYSTEM
Kakitangan dalam khidmat jagaan warga tua akan diuji secara bertahap pada Jun ini. - Foto NATIONAL UNIVERSITY HEALTH SYSTEM -

KAKITANGAN dalam khidmat jagaan warga tua yang beroperasi, termasuk mereka di pusat jagaan harian, akan secara bertahap diuji bagi koronavirus pada Jun ini.

Ini menyusuli ujian bagi kakitangan dan penduduk rumah jagaan warga tua yang telah selesai bulan lalu.

Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Cik Amy Khor mengumumkan ujian pengawasan bagi kumpulan baru ini di Parlimen pada Jumaat (5 Jun), dalam jawapannya kepada Cik Joan Pereira (Tanjong Pagar GRC) dan Cik Cheryl Chan (Fengshan).

Kementerian Kesihatan pada 31 Mei berkata ia telah menyelesaikan ujian pada semua kakitangan dan penduduk rumah jagaan warga tua di sini.

Lima telah diuji positif - empat penduduk Rumah Jagaan Orange Valley dan seorang kakitangan daripada Ren Ci @ Ang Mo Kio.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg