Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen luluskan rang undang-undang izin pernikahan secara virtual

May 5, 2020 | 8:31 PM
NIKAH DALAM TALIAN: Seramai 2,723 pasangan telah bercadang untuk bernikah antara 7 April dengan 1 Jun namun harus digantung kerana perintah pemutus rantaian jangkitan berkuat kuasa. - FOTO: JASON QUAH
NIKAH DALAM TALIAN: Seramai 2,723 pasangan telah bercadang untuk bernikah antara 7 April dengan 1 Jun namun harus digantung kerana perintah pemutus rantaian jangkitan berkuat kuasa. - FOTO: JASON QUAH -

PASANGAN yang telah bercadang untuk bernikah tetapi ditunda ekoran wabak koronavirus akan dibolehkan untuk melafazkan ikrar pernikahan mereka menerusi pertemuan video dalam talian setelah Parlimen meluluskan rang undang-undang itu pada Selasa (5 Mei).

Melainkan mereka tinggal serumah, kededua bakal mempelai serta pihak masing-masing yang terlibat dalam acara pernikahan itu tidak boleh berhimpun untuk menghadiri acara tersebut sejajar langkah jarak selamat bagi menyekat penyebaran Covid-19 di sini, lapor The Straits Times (ST).

Sambil membentangkan rang undang-undang Covid-19 (Langkah Sementara bagi Pernikahan dan Permohonan Perkahwinan) untuk dibahas, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee berkata seramai 2,723 pasangan telah bercadang untuk bernikah antara 7 April dengan 1 Jun namun harus digantung kerana perintah pemutus rantaian jangkitan telah dilaksanakan.

"Sementara beberapa pasangan ingin menunggu hingga ia lebih selamat untuk meraikan hari besar itu bersama teman dan keluarga mereka, ada pula yang enggan menunggu lagi atau mungkin akan menghadapi situasi yang jika pernikahan itu ditunda, ia akan menyebakan keadaan yang lebih mencabar bagi mereka. Kami ingin membantu golongan itu," kata beliau.

Undang-undang baru itu akan membenarkan pasangan untuk menjalani pernikahan menerusi dalam talian, bermesyuarat secara virtual yang dihadiri saksi, dan bagi pernikahan penduduk Islam, dihadiri seorang wali atau seorang penjaga pihak pengantin perempuan yang sah.

Meskipun kesemua pihak itu tidak berada di lokasi yang sama, namun mereka semua harus berada di Singapura.

Pasangan boleh dinikahkan secara maya setelah dokumen mereka menjalani proses pengesahan dalam talian dan membuat pernyataan berkanun secara maya juga.

Aturan seperti demikian akan, pada awalnya, dibenarkan bagi pasangan yang sekurang-kurangnya satu pihak merupakan seorang warga Singapura atau penduduk tetap yang boleh menampilkan dokumen yang diberi pihak berkuasa setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg