PAKEJ pekerjaan dan kemahiran untuk membantu pekerja melalui kelembapan ekonomi Covid-19 akan dilaksanakan dalam tiga cara, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.
Tiga tumpuan itu adalah menyelamatkan pekerjaan, mencipta pekerjaan baru dan menetapkan bantuan tambahan kepada golongan yang terjejas teruk, katanya dalam perbahasan Belanjawan Kecekalan di Parlimen pada Jumaat (5 Jun).
Jumlah penduduk di Singapura yang tidak bekerja boleh meningkat daripada sekitar 73,000 orang tahun lalu kepada lebih 100,000 orang tahun ini, katanya.
Ini akan melebihi jumlah rekod 91,000 penduduk yang tiada pekerjaan semasa pandemik Sars pada 2003.
"Covid-19 akan mempengaruhi jumlah dan mutu pekerjaan di seluruh dunia walaupun usaha terbaik negara-negara untuk mengurangi kesannya," tambah Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg