Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen: S'pura harus terus pertingkat nilai sebagai hab perhubungan

Mar 3, 2020 | 5:22 PM
Foto: KUA CHEE SIONG
Foto: KUA CHEE SIONG -

SINGAPURA harus terus mempertingkat nilainya sebagai hab perhubungan taraf sedunia supaya ia muncul sebagai negara yang kuat setelah menempuh cabaran, kata Menteri Perdagangan dan Industri, Encik Chan Chun Sing pada Selasa (3 Mac).

Selain daripada wabak koronavirus yang telah menjejas teruk sektor pelancongan dan penerbangan setempat, terdapat cabaran jangka panjang lain seperti perubahan dari segi rangkaian bekalan sedunia dan perkembangan teknologi yang harus Singapura tangani, kata beliau di Parlimen, lapor The Straits Times.

Tambah Encik Chan, Singapura juga berkomited untuk berkongsi manfaat ekonomi yang berkembang supaya dapat menjamin pekerjaan bagi warganya, terutama bagi golongan pekerja yang berada di pertengahan kerjaya mereka yang berusia sekitar 40-an dan 50-an tahun.

"Selain langkah serta-merta untuk menangani cabaran selanjutnya, kami harus beraspirasi untuk muncul sebagai negara yang lebih kuat, dan menjadi negara yang pertama untuk pulih dan merebut peluang baru," ujar Encik Chan sewaktu bahas Belanjawan kementerian beliau di Parlimen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg