Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasangan diberkas kerana didakwa bocor kenyataan tutup sekolah

Apr 5, 2020 | 11:03 PM
-

SATU pasangan suami isteri telah ditangkap kerana didakwa mendedahkan sebuah draf kenyataan media kepada orang awam mengenai penutupan sekolah akibat Covid-19 sebelum ia dikeluarkan secara rasmi.

Wanita berusia 37 tahun dan lelaki berusia 38 tahun itu diberkas bagi kesalahan perhubungan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi, kata polis dalam satu kenyataan pada Ahad (5 April).

Polis berkata mereka menerima laporan mengenai kes itu sekitar 5.45 petang pada hari Jumaat (3 April).

Kenyataan bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Kementerian Pendidikan itu mengumumkan butiran mengenai pelaksanaan pembelajaran di rumah secara sepenuhnya oleh sekolah dan Institut Pengajian Tinggi, serta penutupan prasekolah dan pusat penjagaan pelajar.

Siasatan awal mendedahkan bahawa wanita itu, yang merupakan kakitangan awam dan penerima berwenang kenyataan media, didakwa mengambil gambar skrin komputernya dan menghantar imej kepada suaminya melalui WhatsApp pada kira-kira 9 pagi hari itu.

Suaminya, yang bukan penerima berwenang kenyataan media, kemudian mengongsi gambar tersebut dengan kawan-kawannya.

Imej itu diedar menerusi WhatsApp dan platform media sosial yang lain selama beberapa jam sebelum kenyataan media dikeluarkan secara rasmi pada 4.30 petang kepada akhbar.

Siasatan polis masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg