Topic followed successfully
Go to BHkuPasangan lebih yakin, lebih selamat selepas ambil vaksin...
Pasangan lebih yakin, lebih selamat selepas ambil vaksin...
Pasangan lebih yakin, lebih selamat selepas ambil vaksin...
SAKITNYA sedikit, namun kesan baiknya berpanjangan.
Begitulah sikap pasangan suami isteri yang telah bersara, Encik Jumat Kassim dan isteri Cik Zaimasni Zainal Basri, kededuanya 62 tahun, terhadap vaksinasi Covid-19.
Encik Jumat, yang dahulu bekerja sebagai jurubeli eksekutif di sektor aeroangkasa, berkongsi beliau dan isteri tidak teragak-agak mendaftar untuk menerima vaksinasi apabila dijemput, bukan hanya untuk melindungi diri mereka malah demi keselamatan orang-orang tersayang, terutama tiga anak mereka.
"Vaksin yang kita dapatkan ini memberi kita satu lagi lapisan perlindungan... di samping itu kami juga dapat melindungi anak-anak kami," kata Encik Jumat, yang tinggal bersama tiga anak perempuannya yang belum berumah tangga.
Kesemua anak perempuannya itu bertugas dalam sektor perkhidmatan awam dan kerap berinteraksi dengan orang lain. Malah, salah seorang bekerja di barisan hadapan dalam menentang Covid-19.
Encik Jumat dan Cik Zaimasni, seorang guru pesara, merupakan antara 760,000 warga emas berusia 60 dan ke atas yang sudah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 atau telah menempah slot pemvaksinan.
Namun, lagi 280,000 warga emas masih belum berbuat demikian.
Laporan lanjut:


