Topik diikuti
Pergi ke BHkuPastikan skim insurans nasional adil bagi semua
Pemerintah turut harap perluas Pakej Generasi Perintis, MediShield Hayat pada generasi seterusnya
Jan 30, 2015 | 5:30 AM
Pastikan skim insurans nasional adil bagi semua
PEMERINTAH akan memastikan premium bagi insurans nasional adil bagi setiap warga, sambil memberi jaminan kos penjagaan kesihatan warga tua tidak akan disalurkan kepada generasi seterusnya untuk menanggungnya.
Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah diambil, termasuk inisiatif Pakej Generasi Perintis (PGP) dan skim insurans nasional MediShield Hayat yang bakal dilaksanakan hujung tahun ini.