Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PCF semak semula proses selepas timbul kelompok koronavirus; 1 lagi guru dari prasekolah Sparkletots Fengshan dijangkiti

Mar 26, 2020 | 2:51 PM
Satu lagi guru di pusat PCF Sparkletots Fengshan di Bedok North disahkan positif dijangkiti koronavirus.
Satu lagi guru di pusat PCF Sparkletots Fengshan di Bedok North disahkan positif dijangkiti koronavirus. - Lim Yaohui

YAYASAN Masyarakat PAP (PCF) akan menyemak semula operasinya, sedang satu lagi guru di pusat PCF Sparkletots Fengshan di Bedok North disahkan positif dijangkiti koronavirus. Ini bermakna terdapat 19 kes berkaitan dengan kelompok terbaru Covid-19 di Singapura - 15 kakitangan dan empat ahli keluarga. Lima kanak-kanak yang berkata mereka merasa tidak sihat telah diuji negatif bagi virus itu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, kepada wartawan pada Khamis (26 Mac). Baki 10 kakitangan pusat PCF Fengshan itu dan sekitar 110 pelajar kini dikuarantin. Lagi 30 kakitangan dari pusat PCF lain juga dikuarantin, kerana mereka telah menghadiri kursus latihan dengan pengetua pusat PCF Fengshan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg