Topik diikuti
Pergi ke BHkuPegawai korporat FairPrice alami tugas pekerja barisan depan
Jan 27, 2017 | 5:30 AM
Pegawai korporat FairPrice alami tugas pekerja barisan depan
PEGAWAI kanan NTUC FairPrice telah membantu bahagian operasi di beberapa cawangan pasar raya mereka sebagai sebahagian daya usaha memberi pekerja korporatnya meraih pengalaman bertugas di barisan depan atau 'frontline'.
Di bawah Program Satu Keluarga FairPrice yang dilancarkan November lalu, kesemua 800 pekerja di ibu pejabat FairPrice digalakkan bekerja sekurang-kurangnya tiga hari setahun di salah satu pasar raya atau pusat pengedaran lain.