SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pejabat Mufti terbit panduan Ramadan dalam bentuk elektronik

Pejabat Mufti terbit panduan Ramadan dalam bentuk elektronik

Apr 6, 2021 | 5:30 AM

Pejabat Mufti terbit panduan Ramadan dalam bentuk elektronik

b3b66a61-d616-4da8-ab18-2449bfcedc64
-

PEJABAT Mufti telah menerbitkan panduan Ramadan dalam bentuk elektronik sempena Ramadan ini.

Panduan tersebut, yang ditawarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menjawab soalan-soalan yang sering diajukan mengenai Ramadan dan Covid-19, termasuk tentang vaksinasi semasa berpuasa.

Ia juga bertujuan menjadi panduan bagi mereka yang menjalani kuarantin semasa Ramadan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), menulis di Facebook.

Selain itu, panduan tersebut juga memuatkan panduan lengkap bagi solat tarawih dan cara-cara membayar zakat.

Menulis kata-kata pendahuluan dalam panduan itu, Timbalan Mufti Mohd Murat Md Aris berkata:

"... Beberapa langkah keselamatan masih perlu diteruskan selagi wabak ini masih berterusan, terutama sekali di tempat-tempat anggota masyarakat berhimpun, seperti tempat ibadah (masjid).

"Sejajar dengan keadaan ini, pada Ramadan kali ini, kita menghayati bersama maksud berkongsi kebaikan dan keberkatan dengan saudara-saudara kita.

"Dengan terbatasnya ruang di masjid-masjid dan keterbatasan pada sebahagian kegiatan lain, penting bagi kita menyedari betapa pentingnya kesediaan kita berkongsi kebaikan ini dengan individu lain sebagaimana kita menginginkan kebaikan untuk diri kita."

Panduan berbentuk buku elektronik atau e-buku itu boleh dimuat turun menerusi pautan di laman Facebook Muis atau langsung daripada laman https://go.gov.sg/Ramadan2021-eng

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg