SEORANG pekerja pembinaan yang mendakwa dia telah menerima kiriman teks berkaitan seorang individu lain mengeluarkan wang $1,000 daripada akaun banknya, telah didapati melanggar perintah kuarantin pada Khamis (11 Jun).
Liu Dufeng, 50 tahun, berbuat demikian kerana ingin melawati banknya itu untuk bertanya tentang pengeluaran wang tidak disahkan itu, lapor The Straits Times (ST).
Lelaki warga China itu keluar dari dormitorinya di Genting Road dekat Kallang Way pada 21 Februari lalu.
Ketika itu, dia berjalan ke MacPherson Road untuk melawati sebuah cawangan bank POSB namun didapati bahawa cawangan itu sudah tidak ada lagi di situ.
Liu didenda $2,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Menurut ST, dia disyaki sebagai kontak seorang pesakit Covid-19 dan telah diperintah menjalani kuarantin dari 12 hingga 24 Februari lalu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg