Topik diikuti
Pergi ke BHkuPekerja dinasihati agar hati-hati dengan kontrak kerja tidak adil
AP Zainal buat gesaan dalam blog gerakan buruh LabourBeat
Oct 31, 2019 | 5:30 AM
Pekerja dinasihati agar hati-hati dengan kontrak kerja tidak adil
PEKERJA perlu berhati-hati dengan kontrak pekerjaan tidak adil dan tidak beretika yang digunakan sesetengah majikan, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, semalam.
Menulis di blog gerakan buruh LabourBeat, Encik Zainal berkata terdapat majikan yang menggunakan muslihat seperti itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam suasana perniagaan yang mencabar, tetapi cara seperti itu boleh menjejas pekerja.