SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja ketiga Azur Crowne Plaza, malim pelabuhan PSA Marine dijangkiti Covid-19

Pekerja ketiga Azur Crowne Plaza, malim pelabuhan PSA Marine dijangkiti Covid-19

Jan 8, 2021 | 11:47 PM

Pekerja ketiga Azur Crowne Plaza, malim pelabuhan PSA Marine dijangkiti Covid-19

Ini merupakan kes ketiga melibatkan pekerja restoran Azur di hotel Crowne Plaza. Lelaki warga Korea dan wanita warga Malaysia merupakan dua kes sebelum ini. -
Ini merupakan kes ketiga melibatkan pekerja restoran Azur di hotel Crowne Plaza. Lelaki warga Korea dan wanita warga Malaysia merupakan dua kes sebelum ini. - - FOTO: JOEL CHAN

SEORANG lagi pekerja restoran Azur di Crowne Plaza Changi Airport dijangkiti virus Covid-19.

Beliau antara dua kes baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Jumaat (8 Jan).

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pekerja restoran tersebut lelaki warga Singapura berusia 20 tahun yang bertugas sebagai penghantar makanan kru pesawat dan tetamu hotel.

Ini merupakan kes ketiga melibatkan pekerja restoran tersebut. Lelaki warga Korea dan wanita warga Malaysia merupakan dua kes sebelum ini.

MOH dalam kenyataannya pada Jumaat malam menjelaskan lelaki itu tidak berinteraksi bersama tetamu di restoran Azur.

Ujian dijadual yang dijalaninya pada kali terakhir pada 1 Jan lalu, disahkan negatif Covid-19.

Beliau dikesan sebagai kontak rapat kes 59,0282 dan telah dikuarantin sejak 5 Jan.

Namun beliau mula menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) pada 7 Jan dan menjalani ujian swab pada hari yang sama itu.

Ujiannya positif Covid-19 dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit menaiki ambulans.

Ujian serologikalnya dilapor negatif menandakan jangkitan baru.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut disahkan positif varian Covid-19 B117 yang lebih mudah merebak. Dalam pada itu, MOH telah melancarkan operasi ujian khusus untuk memeriksa 234 kakitangan yang bertugas di hotel Crowne Plaza Changi Airport.

Seramai 233 kakitangan telah menjalani ujian swab dengan 129 keputusan sudahpun diproses, kata MOH.

Kesemua 129 keputusan itu disahkan negatif. Keputusan bagi 104 kakitangan masih sedang dinantikan.

Menurut siasatan awal, MOH tidak menolak kemungkinan virus telah menular di hotel tersebut, justeru ia tutup hingga 21 Jan.

MOH berkata, satu lagi kes dalam masyarakat seorang lelaki warga Singapura berusia 35 tahun yang bertugas sebagai malim pelabuhan di PSA Marine, 70 West Coast Ferry Road.

Beliau bertugas menaiki kapal untuk mengemudinya di perairan yang sesak.

Ujian dijadual yang dijalankan pada 28 Dis disahkan negatif.

Beliau disahkan kontak rapat kes yang membabitkan seorang lagi malim yang telah dikuarantin pada 1 Jan lalu.

Ujian swab yang beliau jalani pada 3 Jan disahkan negatif Covid-19.

Selepas menjalani satu lagi ujian pada 7 Jan, keputusannya positif dan beliau telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dengan ambulans.

Lelaki itu mula mengalami simptom pada Jumaat dan ujian serologikalnya masih sedang dinantikan.

Selain kes dalam masyarakat, sebanyak 21 kes import baru juga dilaporkan pada Jumaat namun tiada kes dalam dormitori dikesan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg