Topik diikuti
Pergi ke BHkuPekerja pembersihan wajib ambil kursus keselamatan jelang 2022
Latihan untuk tingkat kesedaran tentang risiko kerja seperti tergelincir, tersungkur terutama bagi pekerja lanjut usia
Dec 4, 2019 | 5:30 AM
Pekerja pembersihan wajib ambil kursus keselamatan jelang 2022
PARA pekerja pembersihan tempatan wajib mengambil kursus Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja (WSH) bermula 2022 untuk memastikan mereka sedar akan risiko berkaitan pekerjaan itu selain mengambil langkah berjaga-jaga ketika menjalankan tugas.
Ini termasuk mengenal pasti risiko tergelincir, tersungkur dan terjatuh terutama bagi pekerja lanjut usia.