PEMANDU teksi dan pekerja pengiriman makanan boleh makan di ruang awam atau dalam kenderaan mereka jika keadaan tidak mengizinkan bagi mereka pulang ke rumah untuk makan.
Ini diperjelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laman rasminya kelmarin di bahagian "soalan yang kerap ditanya" yang telah dikemaskinikan.
MOH menambah pekerja yang menyediakan khidmat penting harus makan di tempat kerja sambil mengamalkan jarka selamat.
Bagi "pekerja tertentu dengan pekerjaan mereka memerlukan mereka sentiasa bergerak", mereka harus pulang ke pejabat atau rumah untuk makan.
Namun, jika ini tidak praktikal, MOH berkata pekerja berkenaan diizinkan makan dalam kenderaan atau di ruang awam seperti bawah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau bangku sekitar taman awam.
Butiran terkini itu disebarkan selepas pemandu teksi dan kereta pajak privet serta pekerja pengirim makanan memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka tidak tahu di mana ingin makan sewaktu bekerja syif selepas langkah lebih tegas diperkenalkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg