SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelajar ITE dibuang sekolah selepas video buli tular

Pelajar ITE dibuang sekolah selepas video buli tular

Mar 18, 2021 | 5:30 AM

Pelajar ITE dibuang sekolah selepas video buli tular

DIBUANG SEKOLAH: Pelajar (berbaju putih), yang dilihat dalam satu video sedang membuli seorang pelajar lain (memakai jaket hitam) dengan merampas pelitup mangsa dan memukul kepala mangsa, telah dibuang sekolah. - Foto SG.TRENDZZZ/INSTAGRAM
DIBUANG SEKOLAH: Pelajar (berbaju putih), yang dilihat dalam satu video sedang membuli seorang pelajar lain (memakai jaket hitam) dengan merampas pelitup mangsa dan memukul kepala mangsa, telah dibuang sekolah. - Foto SG.TRENDZZZ/INSTAGRAM -

SEORANG pelajar Institut Pendidkan Teknikal (ITE) yang dirakam dalam satu video sedang membuli seorang pelajar lain telah dibuang sekolah.

Menurut laporan The Straits Times (ST), ITE berkata semalam, ia telah menyelesaikan siasatannya terhadap kejadian itu dan akan menyingkirkan penyerang utama (dalam video itu), "kerana ia (tindakan ini) merupakan tindakan yang normal bagi kes serangan dalam kolej (ITE)."

"Pelajar lain yang terlibat dalam kejadian ini akan diberi nasihat dan diwajibkan menjalani perkhidmatan masyarakat," kata ITE dalam satu catatan di Facebook.

Video tersebut yang tular di media sosial menunjukkan pembuli utama itu menahan seorang pelajar sambil bertanya kepadanya berulang kali, "Ada apa dengan engkau?"

Kejadian itu berlaku di sebuah tandas lelaki di ITE Kolej Central.

Terdapat tiga pelajar lagi yang dilihat sedang menyaksikan kejadian itu, termasuk seorang belia di laluan keluar tandas itu yang dipercayai sedang menghalang mangsa daripada melarikan diri.

Kemudian, penyerang utama dalam video itu merampas pelitup mangsa tersebut, lalu memukulnya dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Gelak ketawa daripada pelajar lain turut didengar sedang mangsa itu meminta maaf kepada pembuli tersebut.

Seorang lagi pula memberitahu kumpulan itu, "Cukuplah".

Pelajar yang membuli mangsa itu kemudian memukul bahagian belakang kepala mangsa tersebut dan menendang betisnya.

Menyusuli kejadian berkenaan, Guru Besar Kolej ITE, Encik Suresh Natarajan, berkata pihaknya memandang serius kes-kes membuli dan akan mengambil tidakan yang tegas terhadap kelakuan seperti ini.

"Sebagai sebuah institut pendidikan, kami bekerja keras untuk menawarkan sekitaran yang selamat dan yang saling menjaga dan menyokongi mereka.

Kelmarin, ITE telah mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan telah menyingkirkan salah seorang daripada kumpulan itu daripada pengajiannya di ITE ketika siasatan sedang dijalankan.

"Sementara itu, kami telah menghubungi mangsa dan keluarganya dan telah menghulurkan sokongan kepada mereka," kata Encik Natarajan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg