Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar perlu guna TraceTogether di sekolah mulai 1 Dis

Nov 2, 2020 | 6:19 PM
MOE menggalak ibu bapa dan pelajar memperoleh dan membawa token TraceTogether mereka kerana pelajar mungkin tidak mempunyai akses kepada telefon bijak secara sepenuh masa. - Foto-foto: ALPHONSUS CHERN, GIN TAY
MOE menggalak ibu bapa dan pelajar memperoleh dan membawa token TraceTogether mereka kerana pelajar mungkin tidak mempunyai akses kepada telefon bijak secara sepenuh masa. - Foto-foto: ALPHONSUS CHERN, GIN TAY -

MULAI 1 Disember ini, semua sekolah akan memerlukan pelajar menggunakan token TraceTogether atau aplikasi tersebut dalam telefon bijak mereka untuk mendaftar masuk bagi membantu usaha jejak kontak.

Namun, semasa tempoh bulan Disember itu, pelajar masih boleh berdaftar masuk ke sekolah menerusi imbasan kad pengenalan NRIC atau pas pelajar mereka, lapor The Straits Times (ST).

Garis panduan Kementerian Pendidikan (MOE) ini sejajar dengan perubahan luas terhadap peraturan Covid-19 yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengumumkan orang ramai diwajibkan menggunakan token TraceTogether atau aplikasinya untuk mendaftar masuk ke beberapa tempat tertentu seperti restoran, tempat kerja dan pusat beli-belah menjelang akhir Disember ini.

Sistem pendaftaran masuk digital yang digunakan pada masa kini, iaitu SafeEntry, tidak lagi mencukupi bagi usaha jejak kontak.

MOE menggalak ibu bapa dan pelajar memperoleh dan membawa token TraceTogether mereka kerana pelajar mungkin tidak mempunyai akses kepada telefon bijak secara sepenuh masa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg