PENGERUSI Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Encik Bobby Chin, telah dilantik semula untuk terus memegang jawatan itu bagi penggal yang baru.
Sementara itu, enam lagi anggota lembaga HDB turut dilantik semula.
Demikian menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerusi satu kenyataan semalam.
Tujuh anggota baru dilantik ialah Ketua, Operasi Udara, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Brigedier Jeneral Chan Ching Hao; Konsultan Foo Kwok LLC, Cik Chia Yong Yong; Timbalan Setiausaha Kedua Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Encik Ong Tze-Ch'in; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Singapore Life Holdings, Cik Pearlyn Phau Yee Meng; Pengarah di Drew & Napier LLC, Encik Wendell Wong Hin Pkin; Konsultan Kanan, Perubatan Geriatrik di Hospital Khoo Teck Puat, Dr Wong Sweet Fun dan Editor politik dan Singapura The Straits Times, Encik Zakir Hussain.
Antara lima anggota lembaga yang telah mengundurkan diri termasuk Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat Abdul Rahman; Presiden SMU, Profesor Lily Kong Lee Lee dan Pengarah Eksekutif PAVE, Dr Sudha Nair.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg