PELAWAT akan dibenarkan transit melalui Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur mulai 2 Jun apabila Singapura melonggarkan langkah pemutus litarnya secara bertahap.
Ini adalah sebahagian strategi membuka semula pengangkutan udara bagi memenuhi keperluan ekonomi dan warga Singapura, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam.
Namun, langkah ketat akan tetap dikenakan untuk memastikan penumpang yang transit kekal dalam kemudahan yang ditetapkan dan tidak bercampur dengan penumpang lain di Lapangan Terbang Changi.
Pegawai lapangan terbang yang berinteraksi dengan penumpang juga perlu mengenakan peralatan perlindungan diri. - The Straits Times


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg