Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang calonkan guru cemerlang bagi Anugerah Guru Inggeris Berinspirasi

Feb 9, 2019 | 5:30 AM
Peluang calonkan guru cemerlang bagi Anugerah Guru Inggeris Berinspirasi
PELAJAR, ibu bapa, dan guru digalak mencalonkan guru Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris atau Kertas Am yang cemerlang bagi Anugerah Guru Inggeris Berinspirasi 2019 dari 11 Februari hingga 5 April.
Anugerah itu mengiktiraf guru yang menunjukkan minat terhadap Bahasa Inggeris dan berkesan dalam membantu pelajar bertutur dan menulis dengan lebih baik.