TERDAPAT kemungkinan peniaga kecil Melayu/Islam dapat memenuhi tempahan Hari Raya.
Malah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatan di Facebook petang tadi menyatakan, pemerintah sedia melonggarkan peraturan bagi membolehkan para peniaga makanan kecil-kecil yang beroperasi di rumah (HBBf) untuk memulakan semula perniagaan agar dapat memenuhi tempahan sebelum hari raya, "dan pada masa yang sama menjaga jarak selamat".
"Kita berharap bahawa keadaan bertambah baik secepat mungkin supaya HBBf dapat memulakan semula operasi, dan pada masa yang sama menjaga jarak selamat.
"Seperti yang dijelaskan Menteri Lawrence Wong, kelonggaran mungkin diberikan kepada HBBf jika jumlah kes jangkitan masyarakat merosot dan stabil. Dengan kerjasama semua, ini dapat tercapai agar tempahan dapat disiapkan sebelum hari raya. Ayuh kita sama-sama melawan Covid-19," kata Encik Masagos.
Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada Ahad, 24 Mei ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg