SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemandu teksi dipenjara, didenda langgar pejalan kaki dua kali, di siku dan kaki

Pemandu teksi dipenjara, didenda langgar pejalan kaki dua kali, di siku dan kaki

Jun 22, 2021 | 5:30 AM

Pemandu teksi dipenjara, didenda langgar pejalan kaki dua kali, di siku dan kaki

c525e44d-4369-434c-8343-61e5e8b51533
-

SEORANG pemandu teksi yang melanggar siku seorang pejalan kaki dengan cermin tepi kenderaannya melanggar individu itu sekali lagi sedang lelaki itu cuba mengambil gambar bahagian depan kenderaannya menyusuli kejadian tersebut.

Semalam, Michael Hui, juga dikenali sebagai Kuswara Mahmud, dihukum penjara empat minggu dan dikenakan denda $800.

Hui, 71 tahun, juga tidak dibenarkan memandu selama setahun selepas keluar dari penjara.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kelly Ho memberitahu mahkamah bahawa terdapat pasangan dengan anak kecil yang merupakan penumpang dalam teksi itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Mahkamah diberitahu pada sekitar 9.30 malam pada 19 Mac 2018, Hui, seorang pemandu teksi dengan syarikat Trans-cab, memandu ke tempat menurunkan penumpang di InterContinental Singapore Robertson Quay dan melanggar siku kanan Encik Dirk Eduard Gustaaf Motman dengan cermin tepi teksinya.

Pertengkaran berlaku selepas itu dan Encik Motman, yang berusia 53 tahun ketika itu, memberitahu Hui bahawa beliau akan mengambil gambar teksinya dan menghubungi polis.

Hui memberitahu Encik Motman untuk melakukan demikian, kata DPP Ho kepada mahkamah.

Apabila Encik Motman, seorang warga Belanda dan penduduk tetap di sini, berjalan ke depan teksinya, Hui tiba-tiba memecut dan teksinya melanggar kaki Encik Motman.

Peguam Hui, Encik Vas Kumar, memberitahu mahkamah Hui tidak dapat memperbaharui lesen teksinya dan memandu untuk jangka panjang, dan perkara itu telah menjejas mata pencariannya dan menyebabkan dia tinggal bersama seorang rakan yang dapat membantunya.

Beliau menambah kliennya benar-benar menyesal tetapi tidak mampu membayar ganti rugi kepada mangsa.

Hui tidak dapat membayar denda $800 yang dikenakan dan akan menjalani hukuman penjara dua hari sebagai ganti.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg