Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembuangan kerja harus jadi pilihan terakhir majikan: Penolong Setiausaha Agung NTUC

May 20, 2020 | 11:09 PM
PILIHAN TERAKHIR: Sekiranya pemberhentian pekerja perlu dilakukan, majikan harus melakukannya secara terbuka dan telus serta menawarkan pakej pemberhentian yang adil - FOTO: KELVIN CHNG
PILIHAN TERAKHIR: Sekiranya pemberhentian pekerja perlu dilakukan, majikan harus melakukannya secara terbuka dan telus serta menawarkan pakej pemberhentian yang adil - FOTO: KELVIN CHNG -

PENOLONG Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Patrick Tay berkata beliau prihatin ada sebilangan pekerja yang kontrak mereka ditamatkan dengan notis, sedangkan tugas yang mereka lakukan tidak lagi wujud.

Menurut beliau, berkenaan pembuangan kerja, ia harus dilihat sebagai pilihan terakhir bagi menangani tenaga manusia dan kos berlebihan.

Sekiranya pemberhentian pekerja perlu dilakukan, majikan harus melakukannya secara terbuka dan telus serta menawarkan pakej pemberhentian yang adil, sejajar dengan panduan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Encik Tay berkata demikian sebagai mengulas satu nasihat yang dikeluarkan rakan kongsi tiga pihak bagi memimpin majikan dan pekerja mengenai pampasan yang perlu diberikan jika pemberhentian kerja perlu dilakukan.

Nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan NTUC itu pada Rabu (20 Mei) menyenaraikan antara pampasan yang harus dibayar majikan kepada pekerja yang diberhentikan kerja ekoran kesukaran perniagaan akibat koronavirus Covid-19.

Menurut nasihat itu, majikan harus memanfaatkan pelbagai langkah sokongan yang ditawarkan pemerintah, termasuk sokongan kewangan dan geran latihan, untuk membantu majikan dalam menguruskan kos tenaga manusia.

Misalnya, majikan boleh memanfaatkan Skim Sokongan Pekerjaan (JSS), yang akan diagih dalam empat bayaran berbeza pada April, Mei, Julai dan Oktober, dengan bayaran dipertingkat pada April dan Mei sebanyak 75 peratus daripada gaji bulanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg