Topik diikuti
Pergi ke BHkuPembukaan semula perjalanan global boleh pulihkan ekon, rangsang niaga di Asia Tenggara
Pembukaan semula perjalanan global boleh pulihkan ekon, rangsang niaga di Asia Tenggara
Nov 15, 2020 | 5:30 AM
Pembukaan semula perjalanan global boleh pulihkan ekon, rangsang niaga di Asia Tenggara
PEMBUKAAN semula perjalanan global akan membolehkan pemulihan ekonomi dan merangsang keyakinan dalam perniagaan di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sambil menggesa Australia dan New Zealand untuk mempertimbangkan semula sekatan yang dikenakan ke atas negara-negara Asean.
Dalam dialog berasingan antara Asean dengan dua negara tersebut, Encik Lee berkata kededua negara perlu bekerjasama untuk memulakan semula perjalanan antara sempadan secara progresif dan selamat.