SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemimpin kesatuan, doktor antara 9 NMP baru dilantik mulai 21 Jan

Pemimpin kesatuan, doktor antara 9 NMP baru dilantik mulai 21 Jan

Jan 14, 2021 | 7:24 PM

Pemimpin kesatuan, doktor antara 9 NMP baru dilantik mulai 21 Jan

WAJAH NMP BARU: (Petak atas, dari kiri) Encik Abdul Samad Abdul Wahab, Cik Janet Ang dan Encik Mark Chay. (Petak tengah) Encik Cheng Hang Yan, Profesor Hoon Hian Teck dan Profesor Koh Lian Pin. (Petak bawah) Encik Joshua Thomas Raj, Dr Shahira Abdullah dan Dr Tan Yia Swam. - Foto-foto FAIL, KOH LIAN PIN, JOSHUA THOMAS RAJ, KTPH, SMU, THOMSON MEDICAL (
WAJAH NMP BARU: (Petak atas, dari kiri) Encik Abdul Samad Abdul Wahab, Cik Janet Ang dan Encik Mark Chay. (Petak tengah) Encik Cheng Hang Yan, Profesor Hoon Hian Teck dan Profesor Koh Lian Pin. (Petak bawah) Encik Joshua Thomas Raj, Dr Shahira Abdullah dan Dr Tan Yia Swam. - Foto-foto FAIL, KOH LIAN PIN, JOSHUA THOMAS RAJ, KTPH, SMU, THOMSON MEDICAL ( -

PEMIMPIN kesatuan, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, perenang Olimpik, Encik Mark Chay, pakar bedah pergigian dan anggota Majlis Belia Kebangsaan (NYC), Dr Shahira Abdullah serta saintis pemuliharaan Profesor Koh Lian Pin adalah antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru yang akan dilantik Presiden Halimah Yacob bagi penggal dua setengah tahun mulai 21 Januari.

Lima NMP lain yang bakal menerajui amanah mereka adalah ketua persatuan industri keselamatan, Encik Joshua Thomas Raj, pengerusi Sistic, Cik Janet Ang, pengarah urusan kumpulan GuocoLand, Encik Cheng Hsing Yao, profesor Universiti Pengurusan Singapura dan pakar ekonomi, Profesor Hoon Hian Teck dan Presiden Persatuan Perubatan Singapura, Dr Tan Yia Swam.

Kesemua daripada mereka dilantik sebagai NMP buat kali pertama dengan nama mereka diumumkan Parlimen pada Khamis (14 Januari).

Mereka dipilih Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan Speaker Tan Chuan-Jin. Keseluruhannya, terdapat 61 individu yang memohon untuk dicalonkan.

Kata Encik Tan:

"Dengan ramai calon berkaliber tinggi tampil untuk dinilai, ia bukan satu tugas mudah bagi jawatankuasa pilihan mencalonkan jumlah maksimum sembilan NMP.

"Selepas mempertimbangkannya secara berhati-hati, kami menetapkan sembilan calon ini memenuhi kesemua kriteria perlembagaan dan layak dilantik menggalas amanah ini," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg