Topic followed successfully
Go to BHkuPencalonan dibuka bagi wanita lebih 40 tahun pencetus inspirasi
Pencalonan dibuka bagi wanita lebih 40 tahun pencetus inspirasi
Pencalonan dibuka bagi wanita lebih 40 tahun pencetus inspirasi
PERUSAHAAN sosial yang menyokong kaum ibu Mums@Work telah membuka pencalonan bagi meraikan wanita berinspirasi melebihi usia 40 tahun.
Perusahaan itu akan melancarkan senarai wanita bagi satu projek 'Singapore: 40-over-40. Inspiring Women' pada 1 Mac ini.
Menurut perusahaan tersebut, daya usaha itu adalah bagi merai individu yang berani dan tidak terhad dengan usia atau jantina untuk memburu impian, mencuba sesuatu yang baru dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Justeru adalah diharapkan menerusi projek ini, Mums@Work mahu mendakap perjalanan transformasi 40 wanita di Singapura, melebihi usia 40 tahun untuk mengongsi kisah mereka, mengambil risiko dan menyuntik kesegaran dan kehidupan kepada aspirasi kerjaya mereka meski berdepan dengan pelbagai rintangan.
Orang ramai diajak untuk mencalonkan seorang wanita yang telah mengambil risiko dan berdepan dengan cabaran untuk mencuba sesuatu kerjaya yang baru, merintis laluan baru atau memulakan perniagaan selepas ulang tahun mereka yang ke-40.
Kaum wanita yang dicalonkan perlu memenuhi salah satu daripada kategori ini.
Ia termasuk usahawan yang baru memulakan perniagaan baru; beralih kerjaya atau kembali berkerjaya di mana mereka melalui laluan kerjaya baru; dan penyumbang sosial di mana wanita tersebut mengejar minatnya dengan melakukan yang terbaik untuk masyarakat.
Ia dibuka kepada semua wanita Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1980.
Pencalonan dibuka bermula 1 Mac hingga 31 Mac depan.
Pencalonan boleh dibuat di laman www.singapore40over40.com

