Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendaftaran darjah satu 2017 dari 30 Jun hingga 26 Ogos

Jun 16, 2016 | 2:30 PM
Murid darjah satu Sekolah Rendah West Spring memulakan hari pertama persekolahan pada 2015 dengan penuh ceria, dengan disambut maskot arnab dan badut serta diberi belon.
Murid darjah satu Sekolah Rendah West Spring memulakan hari pertama persekolahan pada 2015 dengan penuh ceria, dengan disambut maskot arnab dan badut serta diberi belon. - GAMBAR FAIL BH

PENDAFTARAN bagi kanak-kanak memasuki darjah satu tahun depan akan bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 26 Ogos, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (16 Jun).

Semasa tempoh pendaftaran, semua sekolah rendah akan dibuka dari 8 hingga 11 pagi dan 2.30 hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Jan 2010 dan 1 Jan 2011 (termasuk kedua-dua tarikh) dikehendaki mendaftar bagi kemasukan ke sekolah rendah, kata MOE.

Maklumat lanjut mengenai senarai sekolah rendah dan tempat kosong boleh didapati di laman web pendaftaran darjah satu, https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg