Topik diikuti
Pergi ke BHkuPendidikan agama diperluas, relawan masjid diperkasa
Muis sediakan bahan pendidikan agama secara dalam talian demi tarik anak muda

Mar 13, 2016 | 5:30 AM
Pendidikan agama diperluas, relawan masjid diperkasa
ANAK muda Islam setempat boleh menjangkakan lebih banyak bahan pendidikan agama di alam siber pada masa akan datang. Ini sebahagian langkah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mahu menarik lebih ramai anak muda Muslim mendapatkan pendidikan agama.
Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, berkata usaha mendekati golongan muda menerusi wadah dalam talian itu antara cara memastikan mereka mendapatkan maklumat betul tentang agama.