SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penduduk S'pura tidak boleh masuk Indonesia di bawah laluan timbal balik, begitu juga sebaliknya: MFA

Pengguna Berdaftar

Penduduk S'pura tidak boleh masuk Indonesia di bawah laluan timbal balik, begitu juga sebaliknya: MFA

Jan 1, 2021 | 6:41 PM

Penduduk S'pura tidak boleh masuk Indonesia di bawah laluan timbal balik, begitu juga sebaliknya: MFA

-

PENDUDUK Singapura tidak boleh memasuki Indonesia di bawah aturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), setelah Indonesia mengenakan larangan sementara bagi semua warga asing untuk memasuki negara tersebut.

Begitu juga sebaliknya, orang ramai tidak boleh memohon untuk melakukan perjalanan dari Indonesia ke Singapura di bawah laluan RGL Singapura-Indonesia itu semasa tempoh larangan tersebut dari hari ini (1 Januari) hingga 14 Januari. Pemerintah Indonesia telah memaklumkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura bahawa sekatan itu turut dikenakan ke atas warga asing yang melawat Indonesia di bawah semua Aturan Koridor Perjalanan (TCA) Indonesia, kata seorang jurucakap MFA pada Jumaat (1 Januari). "Oleh itu, penduduk Singapura tidak boleh pergi dari Singapura ke Indonesia di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)/TCA semasa tempoh itu," kata jurucakap itu. Pada 28 Disember lalu, Indonesia telah mengumumkan larangan sementara bagi semua warga asing untuk memasuki negara itu dari hari ini (1 Januari) hingga 14 Januari. "Memandangkan ciri timbal balik aturan perjalanan ini, pejalan juga tidak boleh memohon untuk melakukan perjalanan dari Indonesia ke Singapura di bawah RGL/TCA Singapura-Indonesia semasa tempoh ini," kata jurucakap itu lagi. Namun, individu yang sudah pun menerima kelulusan untuk memasuki Singapura di bawah aturan tersebut boleh terus berbuat demikian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg