SERAMAI 224 penduduk Singapura telah selamat tiba di tanah air pagi Rabu (8 April) dari Kahirah, Mesir, menaiki penerbangan khas yang diatur oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Kumpulan itu termasuk 211 pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar, , kata MFA dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mereka akan menjalani pengasingan diri selama 14 hari di kemudahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) yang dikhususkan, sebaik tiba di Singapura.
Penerbangan itu diatur memandangkan Mesir telah menggantung semua khidmat penerbangan komersialnya, kata MFA.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg