Topic followed successfully
Go to BHkuPenerima vaksin alami kesan serius boleh terima $2,000 jika perlu rawatan hospital
Penerima vaksin alami kesan serius boleh terima $2,000 jika perlu rawatan hospital
Penerima vaksin alami kesan serius boleh terima $2,000 jika perlu rawatan hospital
MEREKA yang mengalami kesan kesihatan serius berkaitan pemvaksinan Covid-19, boleh membuat permohonan untuk menerima bantuan kewangan mulai Rabu (17 Mac).
Permohonan mereka di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) bagi pemvaksinan Covid-19 itu perlu dihantar bersama dengan maklumat perubatan kesan serius yang dialami mereka itu oleh doktor yang merawat mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH)
Sebuah panel klinikal bebas akan menyemak semua permohonan untuk melihat betapa teruk kesan kesihatan yang dialami itu dan bagaimana ia berkait dengan vaksin yang telah diberikan kepada mereka, lapor The Straits Times (ST).
Jumlah bayaran yang dihulurkan sekali sahaja itu akan diberikan berdasarkan betapa teruknya kesan kesihatan itu yang berkait dengan vaksin yang diterima.
Mereka yang perlu dirawat di hospital dan menerima rawatan perubatan, lalu kemudian pulih daripada kesan kesihatan tersebut akan menerima sebanyak $2,000.
Mereka yang memerlukan rawatan unit pergantungan tinggi (HDU) atau rawatan intensif dan kemudian pulih akan menerima sebanyak $10,000.
Penerima vaksin yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan yang teruk dan tetap akibat pemvaksinan akan menerima $225,000

