SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pengalaman latihan SGUnited bakar semangat ceburi sains farmaseutikal

Pengalaman latihan SGUnited bakar semangat ceburi sains farmaseutikal

Jun 19, 2021 | 5:30 AM

Pengalaman latihan SGUnited bakar semangat ceburi sains farmaseutikal

LATIHAN PEMBAKAR SEMANGAT: Setelah diberi peluang menjalankan pelbagai peranan dalam bidang sains farmaseutikal melalui Program Pelatih SGUnited, Cik Syahidah berhasrat menjadikannya satu kerjaya. - Foto CGH/SGUnited
LATIHAN PEMBAKAR SEMANGAT: Setelah diberi peluang menjalankan pelbagai peranan dalam bidang sains farmaseutikal melalui Program Pelatih SGUnited, Cik Syahidah berhasrat menjadikannya satu kerjaya. - Foto CGH/SGUnited -

LAPAN bulan sudah berlalu sejak Cik Nur Syahidah Mohamad Zaki mula bekerja sebagai pelatih penolong farmasi di Hospital Besar Changi (CGH) di bawah Program Pelatih SGUnited.

Peluang mencuba pelbagai peranan semasa program pelatih itu membakar semangat beliau, 21 tahun, untuk terus menceburi bidang sains farmaseutikal.

Antara lain, beliau diberi tugas menyediakan dan membungkus ubat-ubatan pesakit dan membantu dalam khidmat penghantaran ubat-ubatan ke rumah pesakit.

Cik Syahidah antara contoh individu Melayu yang terus menjalani latihan bagi mempertingkat diri. Bilangan orang Melayu yang menjalani latihan bagi menceburi bidang pesat tumbuh kian bertambah, termasuk eksekutif, pengurus, karyawan dan juruteknik (PMET).

Dalam satu temu ramah bersama pemimpin Melayu/Islam tentang Banci Penduduk 2020, Pengarah, Operasi dan Mobilisasi, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman, berkata ia satu petanda baik.

"Kita boleh membantu mereka beralih daripada pekerjaan mereka ke sektor pertumbuhan seperti kewangan, teknologi maklumat dan infokom,'' kata beliau, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Selepas lulus sijil Higher Nitec dalam teknologi kimia, Cik Syahidah menyertai Program Pelatih SGUnited kerana belum pasti apakah beliau mahu melanjutkan pengajian dan laluan kerjayanya.

Cik Syahidah berkata ramai kawannya yang tidak sedar program pelatih itu banyak faedahnya.

"Ramai daripada mereka tidak sedar bahawa program pelatih ini merupakan peluang baik untuk anak muda seperti kami melihat apakah kami suka dan sesuai menceburi sesuatu bidang itu, tidak kira apa jua bidang.

"Sekiranya tidak suka bidang itu, kita masih mempunyai peluang menceburi bidang lain," katanya.

Bagi masa depan, Cik Syahidah merancang memohon pekerjaan sepenuh masa di farmasi CGH dan, jika berpeluang, melanjutkan pelajaran di politeknik dalam bidang sains farmaseutikal.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg