PENGAMAL kesihatan mental privet telah meluahkan rasa kecewa terhadap khidmat rawatan psikologi yang telah dikeluarkan daripada senarai "khidmat asas" yang memberi pengecualian terhadap langkah penutupan tempat kerja yang berkuat kuasa sejak Selasa (7 April) lalu.
Ini setelah beberapa permohonan diminta di Parlimen pada Isnin lalu (6 April) mengenai penawaran khidmat sokongan kesihatan mental sewaktu wabak virus Covid-19 ini, lapor The New Paper (TNP)
Ia difahami bahawa rawatan psikologi pada awalnya telah dimasukkan di dalam senarai "khidmat penting" Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam laman Covid Go Business itu namun kemudian dikeluarkan.
Khidmat kesihatan mental masyarakat yang turut dimasukkan dalam senarai itu juga diminta untuk menawarkan khidmat itu dari rumah menerusi wadah digital atau telerundingan.
Kesatuan Psikologi Singapura (SPS) telah berkata pada 5 April bahawa ia telah berjaya meminta rawatan psikologi secara bersemuka untuk dibenarkan bagi klien yang merupakan kesihatan mental kurang stabil atau tidak berupaya memanfaat daripada khidmat rundingan secara dalam talian.
Pada 6 April, seorang jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu TNP bahawa meskipun khidmat psikologi bagi pesakit luar perlu disampaikan dari rumah dan bukan di klinik, namun, perundingan secara bersemuka masih dibenarkan bagi pesakit yang menghidap kesihatan mental yang tidak stabil, seperti yang berisiko mencederakan diri atau orang lain.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg