Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengganasan: S'pura, M'sia, Indonesia akur penting kukuh kerjasama

Aug 11, 2016 | 5:30 AM
Pengganasan: S'pura, M'sia, Indonesia akur penting kukuh kerjasama
SINGAPURA, Malaysia dan Indonesia akur pentingnya memperkukuh kerjasama mencegah pengganasan dan menggariskan dua keutamaan dalam usaha tersebut.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam, satu keutamaan adalah berkongsi maklumat biometrik seperti cap jari anggota kumpulan militan ISIS yang dikenali serta individu yang disabit kesalahan berkaitan pengganasan.