SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pengguna e-basikal mesti lulus ujian teori sebelum tunggang di jalan raya di bawah pindaaan

Pengguna e-basikal mesti lulus ujian teori sebelum tunggang di jalan raya di bawah pindaaan

Apr 5, 2021 | 7:01 PM

Pengguna e-basikal mesti lulus ujian teori sebelum tunggang di jalan raya di bawah pindaaan

Penunggang PAB hanya perlu lulus satu ujian teori dalam talian dengan perubahan yang diusulkan itu.
Penunggang PAB hanya perlu lulus satu ujian teori dalam talian dengan perubahan yang diusulkan itu. - Foto Fail ST

MENUNGGANG basikal elektrik (e-basikal) di jalan raya tanpa lulus ujian teori wajib terlebih dahulu akan menjadi satu kesalahan di bawah pindaan undang-undang lalu lintas yang diusulkan. Ujian teori wajib bagi penunggang e-basikal dan skuter elektrik (e-skuter) dijangka bermula pertengahan tahun ini. E-basikal, juga dikenali sebagai basikal menggunakan kuasa (PAB), dibenarkan di jalan raya, laluan berbasikal dan laluan yang dikongsi seperti penghubung taman. Ia dilarang di laluan pejalan kaki. Pindaan yang dibentangkan pada Isnin (5 April) akan menjadikan Akta Lalu Lintas Jalan Raya sejajar dengan Akta Mobiliti Aktif, yang dipinda tahun lalu untuk menghendaki penunggang PAB lulus ujian teori sebelum mereka boleh menunggang di laluan berbasikal atau laluan yang dikongsi. Penunggang PAB hanya perlu lulus satu ujian teori dalam talian yang diatur oleh kedua-dua Akta dan ditadbir oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan perubahan yang diusulkan itu. Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ujian itu akan merangkumi modul mengenai keselamatan di kedua-dua jalan raya dan laluan untuk memastikan penunggang sedar tentang peraturan mobiliti aktif, kod tingkah laku umum, dan kelakuan menunggang selamat. Ujian wajib untuk penunggang PAB dan e-skuter pertama kali diusulkan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif pada September 2019, berikutan berlakunya beberapa kemalangan dan kematian seorang penunggang basikal setelah bertembung dengan pengguna e-skuter yang tidak mematuhi peraturan dan ditunggang laju.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg